Total Pageviews

Monday 6 October 2014

Pangkalan Data

:: Data ::
- Merupakan maklumat/informasi yang telah diproses, disusun dan disimpan.
- Berbentuk alphabet, nombor atau simbol.
-Data boleh diperoleh dari dalam atau luar organisasi
                   i) Internal data : Data dari dalam organisasi
                   ii) External data : Data dari luar organisasi

Jenis- jenis data
             i) Kualitatif : abstrak, bukan numeric, tidak mempunyai nilai konkrit
                   ii) Kuantitatif : angka, mempunyai nilai konkrit, diwakili oleh nilai tersendiri

            
Perspektif Data
                  i) Data primer
                 ii) Data sekunder

:: Maklumat ::
- Maklumat merupakan data yang berasal dari fakta yang tercatat dan selanjutnya diproses menjadi bentuk yang berguna atau bermanfaat bagi pemakainya.
- Memerlukan kendalian data dalam menghasilkan maklumat.

Kendalian Data
Data dan maklumat penting dalam membuat perancangan, mengurus, mengawal dan membuat keputusan.
:: Pangkalan Data ::

- Merupakan himpunan data yang disimpan di tempat khusus dan akan digunakan untuk membuat keputusan.
- Data yang dihimpunkan berkait antara satu sama lain dan ditakrifkan sebahai koleksi data logikal yang saling berkaitan.


:: Sistem Pengurusan Pangkalan Data ::


- Merupakan perantara di antara pengguna dan pengkalan data.
- Sistem yang menyimpan data, menyokong query, membuat laporan dan membina borang. Jika tiada sisitem ini, organisasi akan sukar untuk mencapai data dengan cepat.
- Terdiri dari 3 komponen:
                 i) Bahasa definisi data
                ii) Bahasa manipulasi data
               iii) Kamus data

DBMS 
DBMS adalah sistem yang dibuat khusus untuk memudahkan pengguna dalam mengelola basis data. Sistem ini dibuat untuk mengatasi kelemahan yang terdapat dalam sistem pemprosesan pangkalan data.


Evolusi Pengurusan Data

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan evolusi beberapa jenis utama pengkalan data:
:: Sejarah Pengkalan Data ::

Generasi Pertama
  • Idea dicetuskan pada tahun 1960-an semasa projek pendaratan kapal angkasa Apollo di bulan.
  • Produk berasaskan struktur hieraki yang dikenali sebagai IMS (Information Management System) oleh IBM.
  • Pada pertengahan 1960-an, General Electric memperkenalkan IDS (Integrated Data Store) yang merintis jalan sehingga terhasilnya pengkalan data berstruktur rangkaian.
  • Sistem berasaskan rangkaian dapat mengatasi masalah perwakilan perhubungan pangkalan data yang lebih rumit yang tidak dapat dimodelkan menggunakan struktur hieraki. Ekoran itu, satu piawaian pangkalan data telah dibentuk melalui satu badan yang dikenali sebagai CODASYL.
  • CODASYL seterusnya menubuhkan satu jawatankuasa petugas yang dikenali sebagai DBTG (Data Base Task Group).
  • DBTG telah mengumumkan piawaian pengkalan data pada tahun 1971 yang mengusulkan penggunaan Bahasa Takrifan Data (Data Definition Language / DDL) dan Bahasa Pengolahan Data (Data Manipulation Language /  DML).
  • DDL digunakan untuk menaktif struktur pangkalan data manakala DML digunakan untuk mengolah data dalam pangkalan data.
  • Masalah pangkalan data generasi pertama ini ialah sokongan perkakasan dan perisian yang lemah. Ianya perlu dibangunkan menggunakan bahasa COBOL dan PL/1.
  • Aturcara yang panjang perlu ditulis untuk menjawab pertanyaan ekoran tiada bahasa pertanyaan berstruktur pada ketika itu.
Generasi Kedua

  • Berkembang pesat pada era 80-an dengan penghasilan Bahasa Pertanyaan Berstruktur (Structured Query Language /  SQL) sebagai bahasa pertanyaan piawai.
  • Kemunculan pengkalan data komersil seperti DB2, ADABAS, INGRES, Informix, ORACLE, dan Sybase.
  • Kebanyakan DB ini digunakan di kerangka utama dalam komputer mini.
  • DB hubungan menghadapi masalah pemprosesan yang lambat kerana memerlukan sumber komputer yang lebih besar.
  • Struktur model hubungan yang berasaskan lajur dan baris tidak dapat dimanfaatkan disebabkan keterbatasan kuasa komputer. 
  • Keadaan ini dapat diatasi apabila bila komputer berkuasa tinggi diperkenalkan.
  • Perkembangan memberangsangkan apabila DB berasakan komputer mikro diperkenalkan. Bermula dengan dBase II dikeluarkan oleh syarikat Ashton-Tate dan dipaparkan sebagai DBMS hubungan pada 1979.
  • E.F Codd mengatakan bahawa dBase II bukanlah DBMS hubungan, tetapi produk yang lebih baru seperti dBase IV, Foxpro, Paradox dan lain-lain adalah DBMS hubungan.
  • Kemasyuran DBMS komputer Mikro menyebabkan beberapa produk yang dikhususkan untuk kerangka utama seperti ORACLE dan INGRES dikeluarkan dalam versi komputer Mikro.
  • Dengan adanya sistem kendalian berasaskan tetingkap atau GUI, DBMS kini menjadi lebih mesra pengguna seterusnya dapat memenuhi keperluan pengguna yang rata-ratanya bukan terdiri daripada pakar dalam pengkalan data. Contoh DBMS seperti ini ialah Visual Foxpro, PowerBuilder dan Microsoft Access.
Generasi Terkini
  • Perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi telah menyumbang kepada rangkaian setempat dan pemprosesan teragih secara meluas.
  • Pangkalan data multimedia dan internet juga telah menjadi sesuatu yang penting dan berguna dalam pembangunan aplikasi dalam talian (online).
  • Permodelan data hubungan telah didokong oleh Model Perhubungan Entiti (Model E-R) yang diperkenalkan oleh Chen pada 1976.
  • Satu lagi perkembangan sistem pangkalan data ialah sistem Pangkalan data berasaskan objek (ODMS) yang digunakan untuk menyimpan dan menyelenggara struktur data daripada Pengaturcaraan Berorientasikan Objek.
  • Teknologi terkini pangkalan data juga ialah pangkalan data cerdas dan sistem pangkalan data multimedia dan pangkalan pengetahuan.
  • Pada lewat tahun 80-an Pengaturcaraan berorientasikan objek telah mula digunakan.
:: Komposisi Sistem Pengkalan Data ::

Perisian

  • Sistem pengurusan pangkalan data
  • Perisian penggunaan
  • Perisian sistem kendalian
Perkakasan
  • Keperluan perkakasan bergantung kepada jenis penggunaan, keperluan organisasi dan sistem pengurusan pangkalan data yang digunakan.
Manusia
  • Pentadbir data
  • Pentadbir pangkalan data
  • Perekabentuk pangkalan data
  • Pengaturcara penggunaan
Tatacara
  • Prosedur yang perlu diikuti oleh pengguna pangkalan data.

:: Jenis & Seni Bina Pangkalan Data ::
Sistem Pangkalan Data Terpusat
  • Komputer pusat (telepemprosesan)
  • Seni bina pelanggan-pelayan
  • Pangkalan data peribadi
  • Pangkalan data multimedia
Sistem Pangkalan Data Teragih
  • Sebuah pangkalan data logikan yang diagihkan kepada beberapa komputer pada lokasi berlainan tetapi bekerja secara sepadu.
  • Banyak persamaan dengan senibina pelayan-pelanggan manakala perbezaan jelas dari segi bilangan DBMS.
  • Contoh: syarikat insurance multinasional
:: Kelebihan Sistem Pengkalan Data ::
  • Pangkalan data terkawal
  • Kesepaduan data
  • kebebasan format fail
  • Perwakilan data organisasi
  • Tatacara keselamatan lebih selamat
  • Kapasiti capaian pengguna tinggi
  • Tatacara sandar dan pemulihan

:: Kelemahan Sistem Pangkalan Data ::
  • Kos tinggi
  • Kos perkakasan
  • Kos penukaran
  • Saiz dan kerumitan
  • Prestasi tidak konsisten
  • Risiko kegagalan
:: Aplikasi Sistem Pangkalan Data ::
  • Sistem tempahan tiket kapal terbang
  • Sistem pinjaman dan tempahan buku
  • Sistem pangkalan data pesakit
  • Sistem maklumat pelajar
  • Sistem perekodan inventori
  • Sistem tempahan tiket wayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...